a. Jadual Analisis,
b. Graf,
c. Senarai calon yang memenuhi kreteria tertentu.
d. Slip keputusan (E-Report Card)
Kandungan Pakej:
Pakej E-Form Setiausaha Peperiksaan Dalaman terdiri daripada 4 tapak fail iaitu (Pakej Penuh):
a) E-Form GK (Guru Kelas T1 - T5) - untuk kegunaan Guru Kelas. Fail ini merupakan fail utama untuk kutipan pelbagai data markah, kehadiran dan status asrama.
b) E-Form PA(MR) (Penilai Akademik Menengah Rendah)
c) E-Form PA(MA) (Penilai Akademik Menengah Atas)
d) Google EForm GK - Link khas akan diberikan kepada pengguna berdaftar untuk kegunaan mengumpul markah secara online daripada guru subjek. Guru subjek hanya perlu keyin markah ke dalam tapak setiap kelas melalui link yang diberikan.

Fail EForm GK merupakan fail utama kerana kemasukan data mentah adalah pada tapak fail ini. Proses memasukkan data fleksibel boleh dibuat samada secara:
1. Import SPPB - iaitu mengimport data secara auto daripada fail lembaran markah yang telah dimuat turun daripada web SPPB (IDME).
2. Import Google EForm GK - iaitu mengimport secara auto daripada fail Google Sheet yang disediakan khas.
3. Manual - iaitu keyin data setiap pelajar terus ke fail E-Form GK
Data-data daripada semua kelas dalam sesuatu tingkatan pula akan diimport masuk ke dalam tapak fail E-Form PA untuk di analisis secara maksimum dan seterusnya menghasilkan pelbagai output yang dikehendaki.

Ciri-ciri kebolehan integrasi antara beberapa fail ini membezakan Pakej EForm SUPD dengan tapak-tapak analisis peperiksaan yang ada dipasaran sekarang. Ciri ini membolehkan pengagihan tugas kepada individu yang berkenaan dengan fail yang sesuai. Contohnya E-Form GK untuk Guru Kelas dan E-Form PA untuk SU Peperiksaan atau Penyelaras Tingkatan.
Kreteria menentukan KDK/KDT
Pakej ini telah diprogramkan menapis prestasi calon untuk menentukan kedudukan dalam kelas (KDK) dan kedudukan dalam tingkatan (KDT) berdasarkan kreteria berikut mengikut keutamaan:
1. Status kelulusan (Lulus, Gagal atau Tidak Hadir)
2. Gred Purata Calon
3. Agreget keseluruhan
4. Peratus keseluruhan
5. Peratus BM
Keperluan Sistem Dan Had Penggunaan.
1. PC yang digunakan mesti mempunyai perisian MS Excel sekurang-kurangnya versi 2003 atau versi lebih tinggi dengan macro disetkan kepada mode ENABLE. Sila lihat cara untuk setting enable macro di link ini http://settingmacroexcel.blogspot.my
2. Jumlah kelas dalam suatu tingkatan maksima 15 kelas.
3. Jumlah subjek dalam 1 kelas maksima sehingga 15 subjek.
4. Jumlah calon dalam suatu kelas maksima 60 calon.
5. Jumlah keseluruhan calon dalam suatu tingkatan maksima 400 calon.
Panduan Penggunaan
Selain daripada apa yang terdapat dalam blog ini, panduan penggunaan lengkap juga disediakan dalam satu helaian khas pada setiap fail dalam pakej ini dan juga kumpulan telegram diwujudkan untuk membantu pengguna berdaftar menngunakan pakej ini dengan lebih berkesan.Pengguna Berdaftar
1. Pengguna berdaftar adalah pengguna yang menempah khas untuk sekolahnya. Hak milik adalah atas nama sekolah dan tidak dibenarkan mengubah sebarang maklumat sekolah yang telah ditetapkan.
2. Warga sekolah boleh menggunakan pakej ini tanpa had seperti membuat salinan atau save dalam mana-mana PC.
3. Tiada proses installation diperlukan kerana pakej ini adalah fail MS Excel sahaja tetapi telah diprogramkan dengan formula excel dan vba untuk membantu kerja-kerja analisis dan seterusnya menghasilkan output yang menarik dan relevan dengan keperluan semasa.
4. Logo dan maklumat lengkap sekolah akan dipaparkan sebagai 'letterhead' dalam semua helaian output. Ini bermakna setiap output yang dijana boleh digunakan terus sebagai pelaporan tanpa perlu mengolahnya semula.
5. Pengguna berdaftar juga akan memperoleh secara percuma jika terdapat versi baharu dikeluarkan dari masa kesemasa.

6. Sedikit sumbangan pada kos mampu milik (berbanding output yang dijana, fleksibiliti masa depan dan kos program analisis seumpamanya) dikenakan atas penyediaan tapak fail Pakej EForm SUPD sesuatu sekolah. Sumbangan bukan atas software yang digunakan tetapi sebagai saguhati atas usaha penyediaan tapak fail dan proses penambahbaikan yang sentiasa dilakukan oleh penulis.
7. Bagaimana menjadi pengguna berdaftar?
Cara 1:
Sila isi borang tempahan online yang terdapat di sebelah kanan blog ini. Selepas borang diterima, penulis akan menghubungi anda untuk tindakan selanjutnya.
Cara 2:
Sila hantar maklumat berikut:

a) Logo sekolah yang jelas.
b) Nama, alamat lengkap, no. tel, no. faks, kod sekolah dan email sekolah.
samada melalui:
1. whatsapp/Telegram 013-5450160 atau
2. email: arivai@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan