Fail EForm PA digunakan untuk membuat analisis keseluruhan dalam sesuatu ujian untuk suatu tingkatan. Tapak fail EForm PA terdiri daripada dua tapak fail:
1. EForm PA (MR) - EForm Penilai Akademik (Menengah Rendah) digunakan utnuk Tingkatan 1 hingga 3.
2. EForm PA (MA) - EForm Penilai Akademik (Menengah Atas) digunakan untuk Tingkatan 4 hingga 5.
Ini bermakna setiap tingkatan akan ada fail EForm PA. Ciri ini membolehkan tugas membuat analisis keseluruhan dibahagikan kepada beberapa orang guru yang dilantik mengikut tingkatan.
Hanya 2 langkah utama untuk memasukkan data dalam fail ini sebelum pelbagai analisa yang menarik dan relevan dapat dijana pada setiap helaian output yang disusun dengan kemas dan boleh terus dicetak sebagai bahan pelaporan tanpa perlu mengolahnya semula.
Langkah 1: Sila ke helaian HOME PAGE.
1.1 Klik butang LOCK/UNLOCK yang disediakan dalam helaian ini dan masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan khas yang dibekalkan. Setelah status 'UNLOCK' dipaparkan maka pengguna boleh memasukkan data dalam fail ini. Penuhkan maklumat asas yang diperlukan dalam helaian HOME PAGE berkenaan.
Langkah 2: Sila ke helaian DATA EFORM GK.
2.1 Klik butang IMPORT EFORM GK yang disediakan dan ikut arahan yang dipaparkan untuk memilih fail EForm GK yang berkenaan. Tunggu sehingga status import fail dipaparkan.
2.2 Jika berjaya, kotak dialog akan memaparkan opsyen samada teruskan proses import untuk kelas lain atau tidak. Pilih 'YA' sehingga semua fail kelas selesai diimport.
2.3. Setelah semua data kelas telah diimport masuk, kini pengguna boleh menjana pelbagai output yang telah diprogramkan. Output adalah dalam format jadual, graf, dan senarai nama calon yang disusun dalam helaian-helaian yang berlainan.
DOWNLOAD PANDUAN RINGKAS PENGGUNAAN E-FORM PA DISINI
Kini setiausaha peperiksaan dalaman atau guru yang diberi tugas membuat analisis keseluruhan, tidak perlu lagi risau tentang kerja analisis setiap kali selepas ujian dalaman. Buatlah seberapa banyak ujian dalaman, kami setiausaha peperiksaan hanya perlu 'klik' dan pelbagai analisis siap !! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan