Rabu, 17 April 2019

CARA TAMBAH SUBJEK BAHARU DALAM EFORM GK

Pakej EForm SUPD direka untuk fleksibel menerima perubahan pada masa akan datang. Antara perubahan yang dijangkakan ialah penambahan senarai mata pelajaran baharu. Proses menambah subjek baharu dalam tapak fail ini boleh dilakukan sendiri oleh pengguna. Perubahan senarai mata pelajaran perlu dibuat dalam fail EForm GK.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftarkan mata pelajaran baharu kedalam EForm GK. Sebaik-baiknya proses menambah subjek ini dilakukan oleh setiausaha peperiksaan selaku admin sebelum memberikan fail EForm GK berkenaan kepada guru kelas (GK).

1. Sila ke helaian DAFTAR SUBJEK samada melalui laluan MENU UTAMA atau terus kepada tab helaian DAFTAR SUBJEK (tab helaian berwarna merah).


2. Klik butang DAFTAR SUBJEK yang disediakan. Pengguna akan diminta untuk memasukkan NAMA PENGGUNA dan KATA LALUAN yang sah (diberikan semasa menempah pakej ini).

3. Selepas Nama Pengguna dan Kata Laluan di sahkan, maka status helaian DAFTAR SUBJEK bertukar kepada UNLOCKED.





4.  Kini pengguna boleh membuat sebarang perubahan dalam senarai subjek. Masukkan senarai subjek yang baharu dalam jadual yang disediakan mengikut kategori:

a) Jadual A: Menengah Rendah

b) Jadual B: Menengah Atas.

5. Lengkapkan senarai matapelajaran dalam jadual yang berkenaan:

a)  Kolum BIL - tidak perlu input nombor bilangan kerana ianya auto berdasarkan senarai yang ada.

b)  Kolum KOD 1 (SAPS) - input kod matapelajaran seperti yang digunakan dalam SAPS. Kod ini wajib dipatuhi kerana fail ini berkeupayaan mengimport data daripada lembaran markah yang dimuat turun daripada laman web SAPS. Jika kod yang digunakan berbeza dengan SAPS, akan menyebabkan data subjek berkenaan tidak akan berjaya diimport semasa menggunakan kemudahan import data SAPS.

c) Kolum NAMA SUBJEK - Input nama penuh matapelajaran berkenaan. Sebaiknya ejaan adalah sama seperti yang digunakan dalam peperiksaan awam PT3 atau SPM.

d) Kolum KOD 2 - Input kod subjek seperti yang digunakan dalam PT3 atau SPM. Jika tiada dalam PT3 atau SPM, boleh gunakan kod yang sama seperti KOD 1.

e) Kolum TERAS - Jika subjek berkenaan diambil kira dalam penilaian, sila pilih 'YA'. Jika tidak diambil kira dalam penilaian sila pilih 'TIDAK'.

5, Selepas semua perubahan atau penambahan dilakukan, sila klik butang SORT yang disediakan untuk mengemaskini susunan kod subjek dan seterusnya simpan (save) semula fail.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan