a. Pengagihan tugas dalam mengumpul dan mengurus data kelas berkenaan.
b. Analisis maksimum pencapaian kelas berkenaan dapat dilakukan dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk seperti analisis berjadual, senarai nama murid dan graf pencapaian.
a) Kaedah 1 : Input data secara manual.
b) Kaedah 2 : Import data daripada lembaran markah SAPS.
c) Kaedah 3 : Import data daripada Google Sheet.
Hanya 3 langkah utama untuk memasukkan data ke dalam fail E-Form GK sebelum analisis lengkap dapat dijana secara maksima. Pastikan langkah-langkah penggunaan diikuti secara berurutan untuk menjamin kelancaran penggunaan.
LANGKAH 1: SILA KE HELAIAN HOME PAGE.
1.1 Masukkan maklumat asas yang diperlukan mengikut format iaitu
a) Tarikh rasmi keputusan - dalam format DD/MM/YYYY
b) Nama Kelas - wajib dimulakan dengan angka, contoh: 5 DELTA
c) Bilangan Pelajar - maksimum 60
d) Nama Guru Kelas
e) Nama Pen. Guru Kelas (Jika berkenaan)
f) Nama Pengetua atau wakil yang mengesahkan semua pelaporan
g) Jawatan pengetua atau wakil yang berkenaan
Tips: untuk data d) hingga f), sila pertimbangkan panjang teks yang sesuai untuk paparan E-Report Card calon di helaian E-REPORT CARD.
LANGKAH 2: SILA KE HELAIAN SETTING.
2.1 Dalam Jadual D, pilih ruangan Kod 1, klik sel dan pilih kod subjek daripada 'drop-down list' sehingga semua subjek kelas berkenaan lengkap. Bilangan data markah (Bil. Markah) tidak perlu dimasukkan, ianya dikira secara auto apabila ada pemasukkan data markah subjek berkenaan di helaian DATA.
2.2 Masukkan nama atau kod guru subjek berkenaan dalam ruangan yang disediakan. Data markah pelajar tidak akan diterima masuk dalam helaian DATA jika nama guru subjek yang berkenaan belum dimasukkan. Nama guru subjek akan dipaparkan dalam setiap analisis subjek berkenaan.
LANGKAH 3: SILA KE HELAIAN DATA
3.1 Dalam helaian Data, pada Jadual C, masukkan nama pelajar serta markah subjek berkenaan sehingga selesai. Semasa keyin data markah pelajar, perkara berikut perlu diberi perhatian:
a) Elakkan mengunakan nombor perpuluhan. Input data markah nombor bulat 0 hingga 100 sahaja.
b) Input TH jika pelajar tidak hadir.
c) Input TB jika pelajar tidak mendaftar subjek berkenaan. Jangan biarkan ruangan markah tanpa sebarang respon data.
d) Jika menggunakan kaedah 'copy' daripada sumber lain, pastikan memilih opsyen 'paste special - value'.
3.2 Pada Jadual D, masukkan jumlah KEHADIRAN PENUH sehingga tarikh rasmi keputusan dan seterusnya masukkan BILANGAN TIDAK HADIR setiap pelajar.
3.4 Selepas semua data dilengkapkan, kini pengguna boleh menjana pelbagai output pada lain-lain helaian. Sila klik butang KEMASKINI yang disediakan pada helaian yang berkenaan untuk menjana data yang terkini.
3.5 Sila simpan (Save) fail dengan nama yang sesuai.
Panduan lengkap juga terdapat pada helaian PANDUAN untuk setiap fail E-Form GK dan E-Form PA.
Fail E-Form GK ini telah diprogramkan berkebolehan untuk mengimport data daripada lembaran markah SAPS. Sebelum menggunakan Kaedah 2 ini, pastikan semua guru subjek telah lengkapkan pemasukkan data dilaman web SAPS ujian yang berkenaan. Kaedah ini sebaik-baiknya dilakukan oleh setiausaha SAPS atau admin SAPS.
LANGKAH 1: MUAT TURUN LEMBARAN MARKAH KELAS SAPS
1.1 Log-in laman web SAPS dan ujian/peperiksaan yang berkenaan seterusnya muat turun lembaran markah mengikut kelas.
1.2 Turutan menu untuk memuat turun lembaran markah kelas adalah seperti yang ditunjukkan info garfik dan video berikut:
1.3 Klik EKSPORT KE EXCEL dan simpan fail dengan nama kelas berkenaan pada lokasi yang mudah anda ingat untuk proses import data ke EForm GK nanti. Ulang langkah di atas sehingga semua lembaran markah kelas berjaya dimuat turun.
1.4 Jika versi MS Excel pada PC anda adalah versi lebih tinggi daripada versi 2003, fail-fail lembaran markah kelas SAPS perlu dibuka (Open) dahulu dengan MS Excel anda kemudian 'save as type' excel 97 - 2003 workbook supaya tidak menganggu kelancaran proses import fail nanti. Video tutorial di bawah menunjukkan cara 'open' beberapa fail lembaran markah dan 'save as type' excel 97-2003 workbook semula dengan nama fail yang sama.
LANGKAH 2: IMPORT LEMBARAN MARKAH KELAS SAPS KE E-FORM GK
2.1 Buka (Open) fail E-F seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah.
Video Tutorial Import Data Lembaran Markah SAPS ke EForm GK
https://www.youtube.com/watch?v=L4ccUTyHXgM
c) Dalam helaian HOME PAGE klik butang IMPORT SAPS yang disediakan seterusnya ikut arahan yang dipaparkan.
KAEDAH 3: IMPORT DATA DARIPADA GOOGLE SHEET
b) Selepas guru subjek melengkapkan data secara online, admin akan memuat turun fail berkenaan dan mengimport data secara auto ke fail E-Form GK menggunakan butang khas yang disediakan. Sila rujuk video di bawah untuk panduan mengimport data daripada fail Google EForm GK ke EForm GK:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan