Jumaat, 9 November 2018

PENGGUNA KEDUA EFORM PA (PENILAI AKADEMIK)

Hasil analisis boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak


Pengguna kedua fail E-Form PA adalah pengguna yang hanya mendapatkan hasil output atau analisis daripada fail E-Form PA yang telah dilengkapkan oleh admin atau setiausaha peperiksaan. 
Pengguna kedua adalah mungkin terdiri daripada:
1. Guru Subjek
2. Guru Kelas
3. Ketua Panitia / Guru Kanan Mata Pelajaran
4. Ketua Bidang
5. Guru UBK
6. Pentadbir khususnya Penolong Kanan Akademik dan Pengetua.
7. Warden Asrama

Pengguna kedua boleh menggunakan fail tanpa memerlukan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang dikhaskan untuk admin sahaja bagi membolehkan admin memasukkan data ke dalam fail. Hasil analisis yang pelbagai disusun dalam helaian-helaian tertentu. Maka pengguna kedua boleh menjana dan mencetak hasil analisis daripada helaian-helaian yang berkaitan dengan mereka sahaja.

Kemudahan ini membolehkan setiausaha peperiksaan membekalkan data yang standard untuk semua dan secara efektif. Pihak admin hanya menghantar atau berkongsi fail melalui media sosial seperti aplikasi Telegram atau Whatsapp sahaja. Pihak pengguna kedua yang akan mencetak sendiri output yang mereka perlukan.

Adalah diharapkan analisis yang dijana bukan hanya untuk dicetak dan disimpan dalam fail sahaja, tetapi apa yang penting adalah intervensi atau tindakan susulan selepas mendapat analisis berkenaan. Hasil analisis yang dijana mampu membantu pengguna kedua merancang program susulan kerana bukan setakat angka analisis sahaja dipaparkan, tetapi hasil janaan mampu menyenaraikan senarai nama calon-calon mengikut kreteria yang telah ditetapkan.

KP Mata Pelajaran, KB dan GS.

Penggunaan E-Form PA dapat menghasilkan suatu format analisis yang seragam untuk semua Panitia. Antara helaian yang relevan dengan panitia ialah helaian;

A. Helaian 'PANITIA'.

Helaian PANITIA menghasilkan analisis yang fleksibal kepada mata pelajaran. Pengguna hanya perlu memilih kod mata pelajaran dalam kotak yang disediakan kemudian klik butang KEMASKINI untuk menjana analisis mata pelajaran berkenaan. Analisis dihasilkan dalam bentuk jadual analisis dan pelbagai graf.
Jadual Analisis Mata Pelajaran
Graf % Lulus dan % GP Kelas MP berkenaan
Graf peratus lulus dan peratus gred purata subjek kelas yang berkenaan digabungkan untuk memperlihatkan perbandingan dari segi kuantiti dan kualiti. Dalam contoh graf di atas, terdapat 3 kelas yang telah mencapai peratus lulus 100%, namun dengan adanya gabungan graf pertus gred purata maka jelas dapat dibezakan kualiti pencapaian kelas yang berkenaan.

B. Helaian 'ANALISA NML' dan 'ANALISA NMC'.

Kumpulan NML (Near Miss Lulus) dipecahkan kepada selang kelas:
1. NML 1 (Markah 30-39)
2. NML 2 (Markah 20-29)
3. NML 3 (Markah 10-19)
4. NML 4 (Markah 0-9)

Analisa lengkap dibuat untuk setiap mata pelajaran. Graf perbandingan peratus lulus dan peratus NML turut dijana secara auto untuk memaparkan secara grafik peluang peningkatan yang tersedia.

Jadual Analisa NML Mata Pelajaran
Graf Peratus NML, Lulus dan NML + Lulus

Berdasarkan Jadual Analisis NML di atas, untuk subjek Matematik didapati seramai 35 calon dalam julat markah 30-39 dan 42 calon dalam julat markah 20-29. Jika kumpulan ini diberi program susulan dengan tepat, peluang peningkatan peratus lulus subjek Matematik boleh mencapai sehingga 93.26% daripada hanya 64.4% dalam ujian berkenaan.

Manakala NMC (Near Miss Cemerlang) dipecahkan dalam selang kelas gred B Dan B+ untuk menengah atas, manakala selang kelas 65-69, 70-74 dan 75-84 untuk menengah rendah. Hasil analisis NML dan NMC ini amat penting ditangani dengan bijak oleh panitia masing-masing dalam memastikan ruang peningkatan yang ada dari segi kuantiti dan kualiti digunakan sebaik mungkin sebelum menjelang peperiksaan akhir.
Jadual Analisis NMC Mata Pelajaran
Graf NMC, Cemerlang dan NMC + Cemerlang

Berdasarkan Jadual Analisis NMC Mata Pelajaran di atas, subjek BM mempunyai 49 calon dalam gred B+ dan 37 calon dalam gred B. Jumlah 86 pelajar ini mempunyai potensi untu masuk dalam zon gred cemerlang pada peperiksaan akan datang. Kumpulan ini berpotensi menyumbang peningkatan peratus cemerlang BM sehingga 70.26% berbanding 38.3% cemerlang dalam ujian semasa.

Analisis Kumpulan NML dan NMC

Lain-lain helaian yang berkaitan ialah helian yang memaparkan senarai nama calon seperti NML&NMC SUBJEK dan MARKAH MP.

Unit Bimbingan Dan Kaunseling.

Hasil analisis juga mampu menyenarai kumpulan pelajar NML keseluruhan dan NMC keseluruhan
1. NML keseluruhan ditakrifkan sebagai kumpulan pelajar yang gagal hanya 1 sahaja subjek wajib lulus.
2. NMC keseluruhan ditakrifkan sebagai pelajar yang memperolehi hanya 1 atau 2 sahaja gred tidak cemerlang dan selebihnya telah cemerlang.

Kumpulan ini bukan hanya perlu dilihat oleh panitia berkenaan, tetapi unit UBK perlu membantu dari segi suntikan motivasi dan dan teknik belajar yang sesuai dengan pelajar berkenaan kerana kumpulan ini mempunyai peluang yang baik jika dibantu oleh semua pihak. Maka pihak UBK boleh melibatkan diri dalam mengatur program yang bersasar kepada kumpulan ini.

Analisis Keseluruhan : Jadual A

Jadual A di atas bukan sahaja menunjukkan analisis bilangan lulus dan gagal, tetapi turut menunjukkan analisis bilangan NML dan NMC untuk setiap kelas. Fail juga mampu menyenaraikan nama calon-calon berkenaan untuk tindakan unit UBK.

PK Kurikulum / Pentadbir / Pemantau.

Pihak pentadbir perlu melihat secara keseluruhan prestasi dalam sesuatu ujian/peperiksaan. Maka hasil analisis perlu dipersembahkan dalam bentuk yang mudah difahami. Hasil analisis disusun dalam bentuk jadual, taburan, graf dan senarai nama calon/guru. Antara helaian yang berkaitan:

A. Helaian RUMUSAN KESELURUHAN







B. Helaian RUMUSAN 2 dan RUMUSAN 3.

Taburan gred berdasarkan perolehan gred cemerlang dan gred gagal akan memperlihatkan kekuatan dan kelemahan pelajar secara keseluruhan yang dapat membantu pihak sekolah samada perlu memberi tumpuan pada kumpulan lemah atau cemerlang atau perlu kedua-duanya sekali untuk hadapi peperiksaan seterusnya.

C. Helaian SUBJEK KESELURUHAN dan KESELURUHAN 2

Analisis keseluruhan subjek akan melibatkan subjek teras sahaja dan semua subjek yang kemudiannya dinyatakan dalam gred purata tingkatan / gred purata sekolah dalam kedua-dua bahagian sesuai dengan pengisian data dalam SKPMG dibahagian kemenjadian murid dalam akademik.

Kombinasi graf peratus lulus dan peratus GPMP dijana secara auto mengikut subjek terbaik berdasarkan kualiti peratus GPMP untuk memudahkan pengesanan dan perbandingan dari segi kuantiti dan kualiti.


Pelbagai lagi analisis yang tidak dipaparkan dalam blog ini. Dapatkan contoh fail EForm Penilai Akademik daripada Cikgu Arivai untuk melihat menilai secara lengkap output yang dihasilkan.


Kesimpulannya, semua pihak boleh terlibat jika meneliti hasil analisis yang dijana setiap kali selepas ujian/peperiksaan penting khususnya tingkatan 3 dan tingkatan 5. Ini kerana hasil analisis yang cepat, tepat dan jelas akan memaparkan kumpulan pelajar yang berpotensi dan bersasar melepasi penguasaan minimum (lulus), kumpulan pelajar dalam zon selamat dan kumpulan pelajar yang berpotensi cemerlang.


Isnin, 10 September 2018

PAKEJ E-FORM VERSI TERKINI



FAIL E-FORM PENILAI AKADEMIK MENENGAH RENDAH dan FAIL EFORM PENILAI AKADEMIK MENENGAH ATAS.

1. Singkatan: E-FORM PA(MR) 17.2.1 dan
 EFORM PA(MA) 17.2.1
2. Tarikh di edarkan : 15/02/2022
3. Versi: 17.2.1 (FEB 2022)
4. Saiz fail: 60 MB
5. Jumlah helaian: 31+
6. Had penggunaan dalam suatu tingkatan : 25 mata pelajaran, 15 kelas, 420 calon.





FAIL E-FORM GURU KELAS
1. Singkatan: E-FORM GK 16.8
2. Tarikh di edarkan : 6/10/2021
3. Versi: 16.8 (OKT 2021)
4. Saiz fail: 9.80 MB (10,280,448 bytes)
5. Jumlah helaian: 18
6. Had penggunaan dalam suatu kelas : 15 mata pelajaran, 60 calon.




FAIL GOOGLE EFORM GURU KELAS

1. Singkatan: GOOGLE EFORM GK
2. Tarikh di muat naik: 30/3/2020
3. Versi: 14.0
4. Jumlah helaian: 2
5. Pautan fail: Google EForm GK 14.0
6. Fungsi:
a. Sebagai fail tapak markah sokongan kepada EFORM GK.
b. Di gunakan untuk mengutip data markah secara online daripada guru subjek yang kemudiannya akan diimport masuk secara auto ke dalam EFORM GK.


Jumaat, 6 Julai 2018

Senarai Mata Pelajaran

A: MENENGAH RENDAH (KOD SAPS / NAMA MATA PELAJARAN / KOD PT3)

BM / BAHASA MELAYU / 02
BML / BAHASA MELAYU LISAN / 03
BI / BAHASA INGGERIS / 12
BIL / BAHASA INGGERIS LISAN / 13
SEJ / SEJARAH / 21
GEO / GEOGRAFI / 23
BA / BAHASA ARAB KOMUNIKASI / 31
BC / BAHASA CINA / 32
BT / BAHASA TAMIL / 33
BKD / BAHASA KADAZANDUSUN / 38
PI / PENDIDIKAN ISLAM / 45
M3 / MATEMATIK (MATHEMATICS) / 50
SN / SAINS (SCIENCE) / 55
KH1 / KEMAHIRAN HIDUP 1- KT / 76
KH2 / KEMAHIRAN HIDUP 2 - ERT / 77
KH3 / KEMAHIRAN HIDUP 3 - PERT / 78
KH4 / KEMAHIRAN HIDUP 4 - PK / 79
MAQ / MAHARAT AL-QURAN / 91
UAD / USUL AL-DIN / 96
ASY / AL-SYARIAH / 97
LUGH / AL-LUGHAH AL-'ARABIAH AL-MU'ASIRAH / 98
ASNK / ASAS SAINS KOMPUTER / 70
KAQ / KEMAHIRAN AL-QURAN / KAQ
PJK / PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN / PJK
PM / PENDIDIKAN MORAL / PM
PMZ / PENDIDIKAN MUZIK / PMZ
PSV / PENDIDIKAN SENI VISUAL / PSV
RBT / REKABENTUK DAN TEKNOLOGI / 71
SIV / PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN / SIV


B: MENENGAH ATAS (KOD SAPS / NAMA MATA PELAJARAN / KOD SPM)

ASK / ASAS KELESTARIAN / 3768
BAT / BAHASA ARAB / 2361
BC / BAHASA CINA / 6351
BIMA / BAHASA INGGERIS / 1119
BIN / BAHASA IBAN / 6356
BIO / BIOLOGY / 4551
BK / BIBLE KNOWLEDGE / 9221
BKD / BAHASA KADAZANDUSUN / 6357
BMMA / BAHASA MELAYU / 1103
BT / BAHASA TAMIL / 6354
EA / EKONOMI ASAS / 3757
ECO / EKONOMI* / 3767
ERT / EKONOMI RUMAH TANGGA / 3758
EST / ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY / 6355
FIZ / PHYSICS / 4531
GBK / GRAFIK BERKOMPUTER / 7404
GEOMA / GEOGRAFI / 2280
GKT / GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL* / 3771
ICT / INFORMATION & COMUNICATION TECHNOLOGY / 3765
KC / KESUSASTERAAN CINA / 9216
KIM / CHEMISTRY / 4541
KM / KESUSASTERAAN MELAYU / 2215
KT / KESUSASTERAAN TAMIL / 9217
LIE / LITERATURE IN ENGLISH / 2205
LK / LUKISAN KEJURUTERAAN / 3759
M3MA / MATHEMATICS / 1449
MT / ADDITIONAL MATHEMATICS / 3472
PDG / PERDAGANGAN / 3755
PNG / PERNIAGAAN / 3766
PERT / PERTANIAN / 3729

PIMA / PENDIDIKAN ISLAM / 1223
PMMA / PENDIDIKAN MORAL / 1225
PMZ / PENDIDIKAN MUZIK / 2621
PA / PRINSIP PERAKAUNAN / 3756
PQS / PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH / 5227
PSS / PENGETAHUAN SAINS SUKAN / 4571
PSVMA / PENDIDIKAN SENI VISUAL / 2611
RC / REKA CIPTA / 3763
SEJMA / SEJARAH / 1249
SNK / SAINS KOMPUTER / 3770
SNMA / SCIENCE / 1511
SNRT / SAINS RUMAH TANGGA / 3769
SP / SAINS PERTANIAN / 3528
SNS / SAINS SUKAN / 4572
ST / SAINS TAMBAHAN / 4561
TWI / TASAWWUR ISLAM / 5226

Nota: Senarai kod di atas telah tersedia dalam fail Pakej EForm, namun pengguna boleh menambah senarai subjek mengikut keperluan.