Ahad, 8 November 2020

HASIL ANALISIS E-FORM GK (GURU KELAS)

Hasil analisis disusun dengan kemas dalam beberapa helaian. Setiap helaian akan mempunyai logo dan maklumat sekolah sebagai 'letterhead' yang menjadikan setiap output boleh dijadikan sebagai pelaporan akhir tanpa perlu diolah semula.

Berikut paparan grafik sebahagian daripada output EForm GK mengikut helaian-helaian berkenaan

1. HELAIAN DATA


2. HELAIAN RUMUSAN INDIVIDU
Klik butang KEMASKINI, rumusan prestasi individu akan dipaparkan secara keseluruhan seperti di bawah:


3. HELAIAN E-REPORT CARD
Helaian ini menyediakan pelaporan individu dalam bentuk Report Card yang disusun secara kemas. Ulasan utnuk Guru Kelas dan Pengetua boleh dijana secara auto dan ianya bergantung kepada pencapaian pelajar samada Lulus ataupun Gagal. Klik butang AUTO ULASAN jika ingin menjana ulasan. Ulasan juga boleh dimasukkan secara manual oleh guru subjek.

4. HELAIAN GRAF INDIVIDU
Helaian ini menjana pelaporan individu dalam bentuk graf.
Helaian ini akan memaparkan analisis keseluruhan pencapaian setiap subjek dan prestasi keseluruhan kelas berkenaan.

6. HELAIAN 'NEAR- MISS'
Helaian ini akan memaparkan hasil analisis bilangan dan graf peratus pelajar dalam kumpulan Near-Miss Lulus (NML) dan Near-Miss Cemerlang (NMC) untuk setiap subjek.

7. HELAIAN SENARAI NML
Helaian ini akan memberikan senarai nama pelajar dalam kumpulan NML untuk tindakan selanjutnya.
Helaian ini akan memberikan senarai nama dalam kumpulan cemerlang yang disusun mengikut perolehan gred cemerlang.
Helaian ini akan memaparkan graf prestasi subjek dalam kelas berkenaan dan graf prestasi keseluruhan kelas berkenaan.
10. HELAIAN SALINAN GS (GURU SUBJEK)
Helaian ini menyediakan kemudahan untuk guru subjek mendapatkan salinan markah daripada fail EForm GK kelas yang berkenaan.
Helaian ini menyediakan borang pertemuan ibubapa dengan guru kelas semasa proses menyerahkan report card pelajar.

12. HELAIAN PLAN MEJA
Helaian ini menyediakan plan kedudukan meja yang boleh digunakan semasa sesi peperiksaan/ujian dalaman.

13. HELAIAN LABEL MEJA
Helaian ini menyediakan cetakan kertas label meja yang boleh ditampal atas meja calon.

14. HELAIAN FRONT PAGE
Helaian ini menyediakan cetakan muka depan pelaporan untuk guru kelas yang berkenaan. Kemudahan ini menyeragamkan format muka depan pelaporan setiap kelas dan ianya adalah secara auto.

15. HELAIAN BORANG
Helaian ini menyediakan borang kosong yang tersedia dengan nama pelajar untuk tujuan yang pelbagai bagi kelas berkenaan.

16. HELAIAN DAFTAR SUBJEK
Helaian ini menyenarai Kod dan Nama Subjek mengikut kategori yang tersedia dalam fail ini. Namun pengguna boleh menambah senarai subjek berkenaan jika terdapat subjek baharu. Klik panduan untuk menambah subjek baharu.

Sabtu, 7 November 2020

HASIL ANALISIS EFORM PA (PENILAI AKADEMIK)

Hasil analisis disusun dengan kemas dalam beberapa helaian. Setiap helaian akan mempunyai logo dan maklumat sekolah sebagai 'letterhead' yang menjadikan setiap output boleh dijadikan sebagai pelaporan akhir tanpa perlu diolah semula.

Berikut dipaparkan grafik sebahagian daripada output mengikut helaian-helaian berkenaan.

1. HELAIAN DATA EFORM GK

Data di helaian ini adalah diimport daripada fail EForm GK secara auto. Semua analisis adalah diperoehi daripada helaian ini. Tiada pemasukan data secara manual, maka adalah amat penting sekali dipastikan data-data di fail EForm GK merupakan data yang telah lengkap dan muktamad sebelum proses import masuk semua fail EForm GK untuk mengelakkan analisis yang tidak tepat.

 2. HELAIAN RUMUSAN INDIVIDU

Helaian ini memaparkan ringkasan rumusan prestasi individu secara keseluruhan. Pengguna mempunyai pilihan opsyen penyusunan (Sort) melalui butang UTILITI yang disediakan dalam helaian ini.

 3. HELAIAN RUMUSAN KESELURUHAN

Helaian ini memaparkan jadual analisis keseluruhan sesuatu ujian/peperiksaan meiputi prestasi mengikut kelas, analisis taburan gred cemerlang dan gred gagal, taburan perolehan gred purata calon, taburan kehadiran, analisis status kelulusan dan analisis e-penarafan sekolah.

 

4. HELAIAN RUMUSAN 2

Helaian ini memaparkan analisis taburan perolehan gred cemerlang calon mengikut kelas. Analisis dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf.



5. HELAIAN RUMUSAN 3
Helaian ini memaparkan analisis taburan perolehan gred gagal calon mengikut kelas. Analisis dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf.


6. HELAIAN GRAF
Helaian ini menjana pelbagai analisis keseluruhan bergraf secara auto.

Graf A memaparkan graf peratus lulus, peratus 'near miss' lulus dan peratus peluang peningkatan peratus lulus (Lulus + NML) jika mengambil kira kumpulan 'near miss' lulus (akan dibuat program susulan) mengikut setiap kelas.

 

Graf B memaparkan graf peratus lulus keseluruhan, peratus NML keseluruhan dan graf peluang peningkatan peratus lulus keseluruhan. Graf C memaparkan peratus cemerlang keseluruhan, peratus NMC keseluruhan dan graf peluang peningkatan peratus cemerlang.

 




7. HELAIAN SUBJEK KESELURUHAN

Helaian ini memaparkan jadual analisis prestasi setiap matapeajaran mengikut perolehan gred. Analisis keseluruhan kumpulan matapelajaran teras (matapelajaran yang dikira dalam SPM) dan kumpulan matapelajaran yang bukan teras (mata pelajaran yang tidak dikira dalam SPM) juga ditunjukkan.

8. HELAIAN KESELURUHAN 2

Helaian ini memaparkan jadual analisis perolehan gred mengikut kategori gred (Cemerlang, Kepujian, Lulus dan Gagal) untuk setiap matapelajaran.

9. HELAIAN GRAF 2
Helaian ini menjana graf prestasi setiap matapelajaran.

 

Graf A1 dan Graf A2 memaparkan gabungan peratus GPMP (kualiti) dan peratus lulus (kuantiti) setiap matapelajaran dan disusun secara auto mengikut susunan terbaik berdasarkan kualiti.


Graf B1 dan Graf B2 memaparkan graf GPMP setiap subjek mengikut susunan terbaik secara auto.

 

Graf C1 dan Graf C2 memaparkan graf taburan perolehan kategori gred setiap matapelajaran.


10. HELAIAN ANALISIS NML

Helaian ini menjana jadual analisis 'near miss' lulus untuk setiap matapelajaran. Kumpulan NML dibahagikan mengikut kategori julat markah seperti yang ditunjukkan di atas. Peluang peningkatan peratus lulus juga ditunjukkan jika mengambil kira kumpulan NML1 dan NML2. Jadual adalah fleksibel mengikut pemilihan pengguna dalam memilih NML1 hingga NML4.

11. HELAIAN GRAF NML ('NEAR MISS' LULUS)

Helaian ini menjana graf peratus lulus, peratus 'near miss' lulus dan peratus peluang peningkatan peratus lulus (Lulus + NML) jika mengambil kira kumpulan 'near miss' lulus (akan dibuat program susulan) mengikut setiap matapelajaran. Graf peratus NML adalah berdasarkan pilihan pengguna di Helaian Analisis NML.


12. HELAIAN ANALISIS NMC ('NEAR MISS' CEMERLANG)

Helaian ini menjana jadual analisis 'near miss' cemerlang untuk setiap matapelajaran. Kumpulan NMC dibahagikan mengikut kategori gred seperti yang ditunjukkan di atas.

13. HELAIAN GRAF NMC ('NEAR MISS' CEMERLANG)

Helaian ini menjana graf peratus cemerlang, peratus 'near miss' cemerlang dan peratus peluang peningkatan peratus cemerlang (Cemerlang + NMC) jika mengambil kira kumpulan 'near miss' cemerlang (akan dibuat program susulan) mengikut setiap matapelajaran. Graf peratus NMC adalah berdasarkan pilihan pengguna di Helaian Analisis NMC.


13. HELAIAN TERBAIK MP

Helaian ini akan menjana senarai nama pelajar terbaik untuk setiap matapeajaran.

14. HELAIAN TERBAIK KELAS
Helaian ini akan menjana senarai nama pelajar terbaik (kedudukan ke-1 hingga ke-3) untuk setiap kelas.

15. HELAIAN TERBAIK TINGKATAN

Helaian ini akan menjana 10 orang pelajar terbaik mengikut tingkatan (top-10).

16. HELAIAN NM LULUS
Helaian ini menjana senarai nama pelajar dalam kategori NML keseluruhan mengikut kategori kumpulan gagal 2 subjek wajib dan kumpulan gagal 1 subjek wajib sahaja.

17. HELAIAN NM CEMERLANG
Helaian ini menjana senarai nama pelajar dalam kategori NMC keseluruhan mengikut kategori.

18. HELAIAN CEMERLANG
Helaian ini menjana senarai nama pelajar cemerlang mengikut kategori bilangan perolehan gred cemerlang.

19. HELAIAN NM MENGUASAI
Helaian ini menjana senarai nama pelajar menguasai semua subjek iaitu memperolehi sekurang-kurangnya gred E dalam semua subjek yang diikuti.

20. HELAIAN PANITIA
Helaian ini akan menjana pebagai analisis untuk panitia matapelajaran yang dipilih (pengguna boleh memilih panitia daripada 'drop-down list' yang disediakan). Analisis adalah mengikut kelas merangkumi jadual taburan gred, graf peratus kelulusan, graf GPMP mengikut kelas, analisis dan graf kumpulan NML dan NMC.
Jadual A dan Jadual B memaparkan analisis taburan gred mengikut kelas.

 

Graf C memaparkan graf peratus lulus, peratus NML dan peratus Lulus+NML mengikut kelas dan disusun secara auto berdasarkan kualiti.

 

Graf D memaparkan graf GPMPmengikut kelas yang disusun secara auto berdasarkan kualiti.

 

Graf E memaparkan graf peratus perolehan gred bagi panitia matapelajaran.

 

Jadual F dan Jadual I memaparkan analisis NML dan analisis NMC untuk setiap kelas. Graf dan senarai nama setiap pelajar berkenaan juga boleh dijana.

21. HELAIAN ANALISIS ASRAMA
Helaian ini menjana prestasi akademik asrama iaitu analisis perolehan gred mengikut matapelajaran yang diambil oleh pelajar asrama sahaja.

22. HELAIAN ASRAMA (SENARAI PEAJAR ASRAMA)
Helaian ini akan menjana rumusan individu setiap pelajar asrama sahaja.


Paparan output di atas hanyalah dalam 60% sahaja, sebahagian lagi dalam bentuk senarai nama yang agak panjang dalam memenuhi kreteria yang ditetapkan tidak mampu dipaparkan dalam blog ini.

Sila dapatkan versi sekoah anda untuk menikmati lebih banyak output yang sangat kemas, menarik dan relevan dalam merancang program interversi peningkatan akademik.